Pena Pengerusi JKKK

Assalammualaikum wbt

Selamat Datang ke Laman Blog Kampung Parit 7 / Tali Air 7 Sg. Leman, Sekinchan Selangor


Alhamdulillah, dengan terbinanya laman web ini, adalah diharap dapat dimanfaatkan dan memberi kebaikan kepada semua pihak terutamanya penduduk – penduduk kampung, anak – anak perantau, jabatan dan kakitangan kerajaan, pemimpin – pemimpin diperingkat atasan, pemimpin akar umbi dan pelawat – pelawat laman web, pelancong – pelancong dan sebagainya akan mendapat maklumat dan menyalurkan maklumat menerusi laman web ini.


Adalah diharapkan dengan kewujudan laman blog ini, Kg. Parit 7 / Tali Air 7 Sg. Leman akan lebih dikenali di semua peringkat. Ini seterusnya dapat menjana sosio-ekonomi penduduk di sini dalam memangkin kemajuan negara.

Akhir kata saya berharap laman blog ini dapat digunakan sebaik - baiknya sebagai wadah merapatkan lagi hubungan sesama kita, bertukar pandangan dan pendapat, serta mengubat rindu kiranya ada.

Wassalam.

MOHD NOORDIN BIN KHALID
Ketua Kampung /Pengerusi JKKK
Kampung Parit 7 / Tali Air 7 Sg. Leman, Sekinchan