Monday, 14 November 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2011


KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2011
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
SEMOGA USAHA KERAS ANDA
AKAN MEMBUAHKAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK
DOA KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA

DARIPADA
PENGERUSI & AHLI JKKK
KAMPUNG PARIT 7 / TALI AIR 7 SG. LEMAN

Sunday, 13 November 2011

Program Korban 2011 - 08 Nov 2011 (12 Zulhijjah 1432H)

Selasa, 08 November 2011 - 12 Zulhijjah 1432H

Bersempena Aidil Adha yang disambut oleh umat islam seluruh dunia, pihak JKKK Kg Parit 7/Tali Air 7 Sg. Leman turut mengambil kesempatan mengadakan aktiviti korban secara gotong - royong. Program ini telah di adakan pada Selasa, bertempat di Surau Kg. Tali Air 7 Ban 1 Sg. Leman. Program bermula jam 8.30 pagi dan diakhiri dengan jamuan makan pada jam 12.00 tengahari. Sebanyak satu ekor lembu telah dikorbankan pada program ini dan daging korban di agihkan kepada semua yang hadir dalam majlis ini.

Diharapkan lebih ramai akan tampil melakukan ibadat korban di masa akan datang. Ini secara tidak langsung akan memeriahan sambutan Aidil Adha dan meneruskan amalan gotong royong di kampung ini....